Ex-ROTU ITM UiTM (1980-2010)

Ditubuhkan untuk bekas Pegawai Kadet (mempunyai no tentera kadet - ditauliahkan/tidak ditauliahkan), Pegawai Muda dari ITM / UiTM semua cawangan dan ketiga-tiga cawangan perkhidmatan termasuk Pegawai-pegawai Latih, Jurulatih serta Pegawai Staff SUK, untuk bersua semula dan disamping mengeratkan kembali persahabatan yang terjalin.

::Pengumuman Penting ::


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada semua bekas Pegawai Kadet (mempunyai no tentera kadet - ditauliahkan/tidak ditauliahkan), Pegawai Muda dari ITM / UiTM semua cawangan dan ketiga-tiga cawangan perkhidmatan termasuk Pegawai-pegawai Latih, Jurulatih serta Pegawai Staff SUK, amatlah dihargai kiranya dapat mengisi maklumat yang diperlukan untuk simpanan dan rekod pihak ADMIN.

Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

SILA DAFTAR DI SINI

------------------------------------------------

Bagi yang telah mendaftar boleh semak maklumat anda di menu :: AHLI BERDAFTAR ::

SEMAK DI SINI

Berikut adalah poster sempena  
"Hi-Tea Ex-ROTU ITM/UiTM Gathering 2010"
Mohon kerjasama untuk dihebahkan kepada semua ahli.
TERIMA KASIH.

 




Salam. Sedikit preview mengenai Meeting kali-4 yang telah berlangsung pada 4 Jun 2010. Memandangkan Wisma Taming Sari tak dapat digunakan, oleh itu venue untuk mesyuarat kali ini ditukar ke sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam, Restoran Le Lac (berhadapan Tasik Seksyen 7) . Mesyuarat ini dihadiri seramai 14 orang dan antara agenda yang dibincangkan ialah berkenaan isu berbangkit iaitu:

  • Penetapan penghulu/wakil setiap Batch – masalah penghulu yang tidak dapat dihubungi dan komitmen.
  • Perbincangan mengenai Aturcara Majlis.
  • Penetapan tarikh akhir bayaran kepada Penghulu dan Bendahari.
  • Perbincangan mengenai persembahan multimedia – gambar-gambar setiap batch.
  • Perbincangan mengenai Poster, Banner & Bunting untuk majlis Gathering.
  • Pelantikan AJK Jemputan/Protokol : Pn Normi Yusnita.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30malam dan memandangkan tinggal lebih kurang sebulan sebelum majlis, maka, mesyuarat seterusnya akan diadakan setiap minggu bermula minggu hadapan, iaitu 11 Jun 2010.

DSCN3703

Diharapkan, semua pihak dapat memberkan komitmen kepada committee yang telah dilantik. Juga diharapkan semoga semua persiapan menjelang majlis berjalan lancar.

DSCN3708

Jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan Puan-puan yg telah hadir ke mesyuarat pada 4hb Jun 2010. Kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan amat la di hargai.Kepada yang ingin menghadiri mesyuarat seterusnya, berikut adalah details mengenai mesyuarat seterusnya:

Tarikh: 11 Jun 2010 (Jumaat)

Masa: 2030 H

Tempat: Restoran Le Lac, Seksyen 7, Shah Alam.

Alhamdulillah. Mesyuarat kali ke-3 yang dihadiri seramai 16 orang dengan dipengerusikan oleh Mejar Hj Ismail Ahmad telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 8 Mei 2010 yang lalu di Wisma Taming Sari, Markas PALAPES UiTM Shah Alam.

Secara ringkas, perjumpaan ataupun mesyuarat ini diadakan bagi menubuhkan satu komuniti ataupun tenaga penggerak bagi majlis "Hi-Tea Ex-ROTU ITM/UiTM Gathering" yang akan diadakan pada 10 Julai 2010, Insya-Allah.




Agenda yang dibincangkan adalah menjurus kepada pembahagian tugas kepada komuniti kecil ini dan pelaksanaan majlis yang akan dijalankan nanti. Antara yang dibincangkan ialah:

Penetapan Tarikh, Masa dan Tempat.
Promosi/hebahan dan jemputan.
Perlantikan "penghulu" atau WAKIL setiap Batch, bagi mengumpulkan ahli masing-masing dan membuat kutipan bayaran.
Perbincangan mengenai aturcara majlis.
Penetapan Urusetia.
Hal-hal lain : Penubuhan Alumni /Koop ROTU.


Dengan penubuhan komuniti atau urusetia kecil ini, besarlah harapan sekiranya "Hi-Tea Gathering"ini menjadi kenyataan dalam usaha mengumpulkan dan mempertemukan kembali kesemua bekas-bekas ROTU ITM/UiTM ke arah matlamat dan perancangan yang lebih panjang lagi di masa hadapan. Mesyuarat yang bermula pada 2100H ini berakhir lebih kurang jam 0015H. 

**Komuniti kecil yang ditubuhkan**
Depan (dari kanan) : Lt Latif, Lt Tajzeri, Lt Shahrer, Lt M Abdullah, Mej Hj Ismail, Lt M Nazery, Lt M Nazir
Berdiri (dari kanan) : Lt M Zahiruddin Shah, Lt M balkhiz, Lt M Nurul Atiqah, Lt M Rosdianah, Lt M Fazran, Lt Shamshul Arifin, Kapt Nazar (SO2), Kapt Amri, Lt M Wan Fikri
--> Majlis disambung di mamak seksyen 3 sempena menyambut ulangtahun kelahiran Tuan Shamsul :) Thank you Sir! <--


TTS (Teh-Tarik Session) di Aliff Bistro, Seksyen 13 Shah Alam pada 03/04/2010 anjuran Pak Pin (Batch 6), dapat mengumpulkan 31 orang ex-ROTU ITM YO's, ex-Peg Latih, ex-RSM, Peg. SUK UiTM & ex-Timb. Komandan UiTM.
Suasana riuh & meriah sehebat penonton bola disitu (kebetulan ada live telecast bola). Rata-rata tak pernah jumpa hampir 20 tahun. Macam-macam kisah lama keluar.












Batch 6 (dari kiri) Zairol, Tyger, Rafie, Harni,Megat, Rosli, Pak Pin, Latif dan Khairul.








ex-RSM En Ishak , Lt.Kol Kamarudin (JUTRA - sekarang di MINDEF) & Lt. Kol Murtadza (ARMOR - juga di MINDEF).









Diharapkan dengan pertemuan atau lebih mesra sessi lepak-lepak ini, akan membawa kepada pertemuan atau perhimpunan yang lebih besar lagi selepas ini. Insya-Allah.

:: First Gathering ::

Daisypath Vacation tickers