Ex-ROTU ITM UiTM (1980-2010)

Ditubuhkan untuk bekas Pegawai Kadet (mempunyai no tentera kadet - ditauliahkan/tidak ditauliahkan), Pegawai Muda dari ITM / UiTM semua cawangan dan ketiga-tiga cawangan perkhidmatan termasuk Pegawai-pegawai Latih, Jurulatih serta Pegawai Staff SUK, untuk bersua semula dan disamping mengeratkan kembali persahabatan yang terjalin.

::Pengumuman Penting ::


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada semua bekas Pegawai Kadet (mempunyai no tentera kadet - ditauliahkan/tidak ditauliahkan), Pegawai Muda dari ITM / UiTM semua cawangan dan ketiga-tiga cawangan perkhidmatan termasuk Pegawai-pegawai Latih, Jurulatih serta Pegawai Staff SUK, amatlah dihargai kiranya dapat mengisi maklumat yang diperlukan untuk simpanan dan rekod pihak ADMIN.

Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

SILA DAFTAR DI SINI

------------------------------------------------

Bagi yang telah mendaftar boleh semak maklumat anda di menu :: AHLI BERDAFTAR ::

SEMAK DI SINI

Alhamdulillah. Mesyuarat kali ke-3 yang dihadiri seramai 16 orang dengan dipengerusikan oleh Mejar Hj Ismail Ahmad telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 8 Mei 2010 yang lalu di Wisma Taming Sari, Markas PALAPES UiTM Shah Alam.

Secara ringkas, perjumpaan ataupun mesyuarat ini diadakan bagi menubuhkan satu komuniti ataupun tenaga penggerak bagi majlis "Hi-Tea Ex-ROTU ITM/UiTM Gathering" yang akan diadakan pada 10 Julai 2010, Insya-Allah.




Agenda yang dibincangkan adalah menjurus kepada pembahagian tugas kepada komuniti kecil ini dan pelaksanaan majlis yang akan dijalankan nanti. Antara yang dibincangkan ialah:

Penetapan Tarikh, Masa dan Tempat.
Promosi/hebahan dan jemputan.
Perlantikan "penghulu" atau WAKIL setiap Batch, bagi mengumpulkan ahli masing-masing dan membuat kutipan bayaran.
Perbincangan mengenai aturcara majlis.
Penetapan Urusetia.
Hal-hal lain : Penubuhan Alumni /Koop ROTU.


Dengan penubuhan komuniti atau urusetia kecil ini, besarlah harapan sekiranya "Hi-Tea Gathering"ini menjadi kenyataan dalam usaha mengumpulkan dan mempertemukan kembali kesemua bekas-bekas ROTU ITM/UiTM ke arah matlamat dan perancangan yang lebih panjang lagi di masa hadapan. Mesyuarat yang bermula pada 2100H ini berakhir lebih kurang jam 0015H. 

**Komuniti kecil yang ditubuhkan**
Depan (dari kanan) : Lt Latif, Lt Tajzeri, Lt Shahrer, Lt M Abdullah, Mej Hj Ismail, Lt M Nazery, Lt M Nazir
Berdiri (dari kanan) : Lt M Zahiruddin Shah, Lt M balkhiz, Lt M Nurul Atiqah, Lt M Rosdianah, Lt M Fazran, Lt Shamshul Arifin, Kapt Nazar (SO2), Kapt Amri, Lt M Wan Fikri
--> Majlis disambung di mamak seksyen 3 sempena menyambut ulangtahun kelahiran Tuan Shamsul :) Thank you Sir! <--

0 Gempur Wira!:

Post a Comment

:: First Gathering ::

Daisypath Vacation tickers